UTC Sales Talk

|

Salam
Jangan lupa besok 1 ogos 2009 jam 10am - 12pm satu UTC sales talk akan berlansung di Butterworth branch. Pastikan kehadiran anda di sana. Anda akan dapat mengetahui trend pasaran semasa dan akan datang. Sebagai konsultan yang berwibawa anda seharusnya mengambil peluang ini untuk menambah pengetahuan anda. Anda akan menjadi seorang perunding unit amanah yang professional. Berita gembira hari ini, Linda penang baru saja collect check RM20K. Tahniah cute Linda. Yang lain2 mari kita bekerja keras dan bermunajat kepada Allah untuk baki tahun 2009. Ingat TAHUN 2009 TAHUN PEMBINAAN. Setinggi mana bangunan yang anda hendak bina adalah bergantung kepada seteguh mana asas yang telah dibina. Ayuh kita lakar masa depan kita dengan merialisasikan impian kita bersama. AlhamdulilLah saya sendiri telah close sales 112K pada minggu ini. Moga bulan ogos memberi sinar kecemerlangan kepada kita semua. Saiful Buzri dah close lebih 50K dalam bulan julai. Balkis Mydin telah close hampir 110K. Jemilah Penang close 100K. Norly Penang Close 40.3K. Tahniah untuk semua. Wassalam

Terima Kasih pada speaker dan hadirin bop & training

|


Salam, Jutaan terima kasih kepada Saudara Amir Hamzah, Rozaimi dan Balkis kerana berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda semua yang amat berguna untuk konsultan-konsultan mencipta kejayaan mereka. Moga lain kali dapat lagi menyumbang. Pertemuan akan datang ialah 12 ogos 2009 jam 8 malam di bwth branch. Kosongkan masa anda pada tarikh tersebut. Jangan lupa bawa sedikit makanan dan minumana (potluck) untuk perjumpaan tersebut. Jangan lupa kita pakat azam dan kerja kuat untuk bercuti di Dubai tahun depan, insyaAllah. Amiiiiiiiiiiiiiiiiin

Syabas kepada Kauthar Consultants dan I-Wealth Consultants

|

Salam
Tahniah kepada semua konsultan yang terlibat dengan roadshow pada 24 - 26 julai yang lalu di Giant, Kulim. Dijangka setengah juta ringgit berjaya dikutip semasa dan selepas roadshow. Tahniah pada Kapten Rozaimi, cute Aishah, Kak Wati yang tak berputus asa, Rahman yang masih kat tadika, ostad Rosli yang datang dari jauh Kuala Kangsar. Tak lupa pada Pak Ya dari Sedim yang sempat datang sekejap kerana masalah keluarga yang perlu diberi perhatian, Shaiful yang sentiasa berentusiasi dan tak lupa pada Linda yang menyerikan lagi roadshow dengan senyum manisnya.
Konsultan semua jangan lupa malam besok 29 julai 2009, 8 malam di Bwth branch bop dan training. Sila bawa ramai2 no..................

Roadshow di Pasaraya Giant, Kulim, Kedah

|

Salam KC's semua,
Kauthar Consultants dan I-Wealth Consultants akan bekerjasama menganjurkan roadshow di pasaraya Giant, Kulim bermula 24 - 26 Julai 2009 mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Semua konsultan diminta mengambil bahagian. Roadshow adalah tempat kita melatih UTC baru dan lama memahami realiti dan latihan sebenar sebagai seorang konsultan unit amanah yang berjaya.

Mai kita pulun enam bulan terakhir 2009

|

Tahun 2009 dah tinggal tak sampai 6 bulan lagi nak melabuhkan tirainya. Adakah kita sudah mencapai matlamat kita pada tahun 2009 ini. Jangan lupa tarikh 15 Julai 2009. Kita ada BOP di Butterworth branch jam 8.30alam. Jom kita pi ramai-ramai. 2009 TAHUN PEMBINAAN