SUMBANGAN EHSAN KERUSI RODA KEPADA HOSPITAL PULAU PINANG

|




Salam Kc semua. Baru ada kesempatan untuk up-date kat blog. Semalam 28 April 2010 adalah merupakan satu hari bersejarah apabila kita dijemput untuk menyumbang 2 buah kerusi roda untuk Hospital Pulau Pinang bagi membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan. Program yang dinamakan HPP-MPPP CHARITY WALK berlansung di Berjaya Hotel, Pulau Tikus, Pulau Pinang. Kita dijemput untuk mengadakan roadshow pada 23 Mei 2010 jam 8 pagi hingga 2 petang. Saya dan Rozaimi telah hadir ke majlis sidang media dan penyampaian sumbangan dari pemimpin-pemimpin Kc & i-wc utara yang telah bermurah hati untuk berjariah kepada Hospital Pulau Pinang. Turut memeriahkan majlis ialah selebriti terkenal AC MIZAL & THE GANG. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Hafiz dan Azrin yang telah berusaha keras bagi memastikan penglibatan kita dalam kerja amal tersebut

Aktiviti 2010

|


Salam Kc's semua, Think Tank Committee telah ditubuhkan sempena tahun 2010. Mas'ul adalah alkulimi, Setiausaha: Manaf, Bendahari: Saiful Anwar. AJK: Hafiz SP, Rozaimi BM, Balkis Penang, Dr Mansor SP, Kak Wati SP. Ketua road-show Rozaimi. Tahun 2010 adalah berorientasikan performance on sales. Sales akan dinilai berdasarkan mingguan. AM alkulimi akan buat spot check setiap minggu. Kepada Full timer kita akan mengadakan progran khas dan akan dibincangkan dalam waktu terdekat. Aktiviti berteraskan sales performance. Aktiviti terdekat EPF WORKSHOP pada 24 feb 2010 jam 7pm - 10pm di Bwth branch di kendalikan oleh Top EPF Performer Mr Lee Seng Guan - GAM. Sila daftar segera rm10 sahaja. Yuran Bulanan untuk pengendalian road-show adalah rm30 setiap bulan selepas dapat komisyen (7hb)

Jangan lupa meeting 18 November 2009

|


Jom kita hadiri ramai-ramai meeting besok sebab nak review pencapaian 2009 dan perancangan 2010. Jumpa di Butterworth Branch jam 8 malam 18 nov 2009.

Jom kita pulun personal sales 2009

|


Kc's semua' Jom kita pulun habis-habisan membuat personal sales bagi mengakhiri tahun 2009 dan sebagai persediaan tahun 2010 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tingkatkan usaha kita membuat perancangan harian, mingguan dan bulanan. Rezeki dari Allah, Dia yang menentukan berapa banyak rezeki yang kita akan dapat. Kalau kita bersama Allah setiap masa kita akan dijamin rezeki yang melimpah ruah. Mari kita khusyuk (asyik) dalam solat kita. Dari solat kita akan dapat ketenangan dan rahmat serta keampunan dari Allah. Kalau kita hanya mengharapkan kekuatan dan usaha kita sahaja maka Allah akan membiarkan kita keseorangan. Oleh itu marilah kita mendamping dan bertaqarrub (mendekat diri dan bersama Allah) setiap detik dan ketika di mana sahaja kita berada - alkulimi (12 nov 2009).

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah

|


Moderator mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal 'Aidin Wal Faizeen Kullu 'Aamin Waantum Bi Khairrrrrrr. Allahu Akbaaaaaaaaaaaaar. Akhirnya kita berjaya melunaskan segala hutang kita pada Allah dan dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna. Sedih teramat untuk meninggalkan Ramadhan Mubarak dan Ramadhan Kareem. Mohon maaf terhadap apa sahaja kesalahan dan kita dianjurkan saling bermaafan antara satu sama lain. Sales track bagi minggu kedua bulan september 2009 adalah seperti berikut: Dr Mansor RM7,400.00, Syed Razali Kelantan RM9,000.00, Jamilah Penang RM15,000.00, Balkis RM43,000.00 dan Alkulimi RM 45,887.00. Tahniah pada semua.

Jangan lupa majlis buka puasa & training

|


Pada 15 september ini jam 5 - 8 pm di Bwth branch. Sila bawa juadah-juadah untuk berbuka puasa. Ambil kesempatan baki Ramadhan yang ada untuk pemantapan rohani dan kita berkerja dengan lebih kuat lagi. Jangan lupa qiamullail 10 malam terakhir Ramadhan dan sama-sama kita mencari Lailatul Qadar.

Iftar (Berbuka) Ramadhan & Training

|


Ucapan Ehya' Ramadhan kepada semua konsultan di bawah naungan Kauthar Consultants. Mari kita sama-sama menghidupkan bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh agar kita dapat mengecapi syafaat puasa dan al-Quran di hari akhirat nanti. Tolong beri perhatian kepada "maintainance" anda sebagai Public Mutual Consultant. Bagi MFA anda perlu mempunyai jualan sebanyak RM30k sepanjang tahun 2009. Manakala MFAS pula anda ada dua pilihan iaitu 1) Jualan RM160,000.00 (total sales termasuk jualan kumpulan) atau 2) Jualan RM40,000.00 dengan 2 orang egen baru sepanjang tahun 2009. Harap ambil perhatian. Anda ada empat bulan lagi untuk tujuan tersebut. KC's juga akan mengadakan Iftar Jamaie (majlis berbuka puasa) pada 15 september 2009 bermula jam 5 petang hingga 8 malam. Sebelum berbuka puasa kita akan mengadakan sedikit training dan tazkirah Ramadhan. Semua acara akan diadakan di Butterworth branch. Semalam Public Mutual mengumumkan pelancaran DANA BARU PUBLIC SEREIS. Perincian dana akan diberitahu kemudian. Rebut peluang kelebihan Ramadhan untuk meningkatkan jualan anda semua. Jangan jadikan alasan bulan Ramadhan sebagai "excuse" untuk kurang bekerja dan kurang produktif. Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi pemangkin untuk bekerja kuat dan berdoa lebih kuat untuk kejayaan di dunia dan akhirat kerana peperangan Badar (peperangan pertama dalam Islam) berlaku dalam bulan Ramadhan. Fikir-fikirkanlah!