
Ucapan Ehya' Ramadhan kepada semua konsultan di bawah naungan Kauthar Consultants. Mari kita sama-sama menghidupkan bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh agar kita dapat mengecapi syafaat puasa dan al-Quran di hari akhirat nanti. Tolong beri perhatian kepada "maintainance" anda sebagai Public Mutual Consultant. Bagi MFA anda perlu mempunyai jualan sebanyak RM30k sepanjang tahun 2009. Manakala MFAS pula anda ada dua pilihan iaitu 1) Jualan RM160,000.00 (total sales termasuk jualan kumpulan) atau 2) Jualan RM40,000.00 dengan 2 orang egen baru sepanjang tahun 2009. Harap ambil perhatian. Anda ada empat bulan lagi untuk tujuan tersebut. KC's juga akan mengadakan Iftar Jamaie (majlis berbuka puasa) pada 15 september 2009 bermula jam 5 petang hingga 8 malam. Sebelum berbuka puasa kita akan mengadakan sedikit training dan tazkirah Ramadhan. Semua acara akan diadakan di Butterworth branch. Semalam Public Mutual mengumumkan pelancaran DANA BARU PUBLIC SEREIS. Perincian dana akan diberitahu kemudian. Rebut peluang kelebihan Ramadhan untuk meningkatkan jualan anda semua. Jangan jadikan alasan bulan Ramadhan sebagai "excuse" untuk kurang bekerja dan kurang produktif. Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi pemangkin untuk bekerja kuat dan berdoa lebih kuat untuk kejayaan di dunia dan akhirat kerana peperangan Badar (peperangan pertama dalam Islam) berlaku dalam bulan Ramadhan. Fikir-fikirkanlah!
0 comments:
Post a Comment