Jangan lupa meeting 18 November 2009

|


Jom kita hadiri ramai-ramai meeting besok sebab nak review pencapaian 2009 dan perancangan 2010. Jumpa di Butterworth Branch jam 8 malam 18 nov 2009.

Jom kita pulun personal sales 2009

|


Kc's semua' Jom kita pulun habis-habisan membuat personal sales bagi mengakhiri tahun 2009 dan sebagai persediaan tahun 2010 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tingkatkan usaha kita membuat perancangan harian, mingguan dan bulanan. Rezeki dari Allah, Dia yang menentukan berapa banyak rezeki yang kita akan dapat. Kalau kita bersama Allah setiap masa kita akan dijamin rezeki yang melimpah ruah. Mari kita khusyuk (asyik) dalam solat kita. Dari solat kita akan dapat ketenangan dan rahmat serta keampunan dari Allah. Kalau kita hanya mengharapkan kekuatan dan usaha kita sahaja maka Allah akan membiarkan kita keseorangan. Oleh itu marilah kita mendamping dan bertaqarrub (mendekat diri dan bersama Allah) setiap detik dan ketika di mana sahaja kita berada - alkulimi (12 nov 2009).

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah

|


Moderator mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal 'Aidin Wal Faizeen Kullu 'Aamin Waantum Bi Khairrrrrrr. Allahu Akbaaaaaaaaaaaaar. Akhirnya kita berjaya melunaskan segala hutang kita pada Allah dan dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna. Sedih teramat untuk meninggalkan Ramadhan Mubarak dan Ramadhan Kareem. Mohon maaf terhadap apa sahaja kesalahan dan kita dianjurkan saling bermaafan antara satu sama lain. Sales track bagi minggu kedua bulan september 2009 adalah seperti berikut: Dr Mansor RM7,400.00, Syed Razali Kelantan RM9,000.00, Jamilah Penang RM15,000.00, Balkis RM43,000.00 dan Alkulimi RM 45,887.00. Tahniah pada semua.

Jangan lupa majlis buka puasa & training

|


Pada 15 september ini jam 5 - 8 pm di Bwth branch. Sila bawa juadah-juadah untuk berbuka puasa. Ambil kesempatan baki Ramadhan yang ada untuk pemantapan rohani dan kita berkerja dengan lebih kuat lagi. Jangan lupa qiamullail 10 malam terakhir Ramadhan dan sama-sama kita mencari Lailatul Qadar.

Iftar (Berbuka) Ramadhan & Training

|


Ucapan Ehya' Ramadhan kepada semua konsultan di bawah naungan Kauthar Consultants. Mari kita sama-sama menghidupkan bulan Ramadhan dengan bersungguh-sungguh agar kita dapat mengecapi syafaat puasa dan al-Quran di hari akhirat nanti. Tolong beri perhatian kepada "maintainance" anda sebagai Public Mutual Consultant. Bagi MFA anda perlu mempunyai jualan sebanyak RM30k sepanjang tahun 2009. Manakala MFAS pula anda ada dua pilihan iaitu 1) Jualan RM160,000.00 (total sales termasuk jualan kumpulan) atau 2) Jualan RM40,000.00 dengan 2 orang egen baru sepanjang tahun 2009. Harap ambil perhatian. Anda ada empat bulan lagi untuk tujuan tersebut. KC's juga akan mengadakan Iftar Jamaie (majlis berbuka puasa) pada 15 september 2009 bermula jam 5 petang hingga 8 malam. Sebelum berbuka puasa kita akan mengadakan sedikit training dan tazkirah Ramadhan. Semua acara akan diadakan di Butterworth branch. Semalam Public Mutual mengumumkan pelancaran DANA BARU PUBLIC SEREIS. Perincian dana akan diberitahu kemudian. Rebut peluang kelebihan Ramadhan untuk meningkatkan jualan anda semua. Jangan jadikan alasan bulan Ramadhan sebagai "excuse" untuk kurang bekerja dan kurang produktif. Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi pemangkin untuk bekerja kuat dan berdoa lebih kuat untuk kejayaan di dunia dan akhirat kerana peperangan Badar (peperangan pertama dalam Islam) berlaku dalam bulan Ramadhan. Fikir-fikirkanlah!

Marhaban Ya Ramadhan

|


Selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak. Bulan Ramadhan adalah satu bualan yang sangat istimewa di sisi Allah kerana terdapat terlalu banyak kebaikan dan rahmat serta maqfirah dari Allah. Mari kita sama-sama mengikat pinggang, menyinsing lengan dengan mengadakan "warming-up" untuk memanaskan badan bagi merealisasikan nikmat "takwa" dikecapi semasa bulan Ramadhan. Ayoh kita memperbanyakkan doa, munajat, tilawah al-Quran, solat taraweh, sedekah, memberi makanan kepada orang yang berpuasa, zakat fitrah, qiamullail, zikir dan lain-lain lagi bagi memperkemaskan rohani kita mengecapi syurga Firdausi. Jangan lalaikan walau sesaat memenuhi setiap ruang Ramadhan dengan ketaatan kepada Allah. Kita akan mengadakan majlis berbuka puasa secara "potluck". Tarikh akan diberitahu dalam masa terdekat. Sales Tracking bagi minggu ketiga adalah seperti berikut:Fatmiwati RM13,585.00,Shaiful Buzri RM14,780.00, Linda RM22,150.00, Balkis RM22,780.00 dan Alkulimi RM43,380.00. Tahniah pada semua. Bulan puasa seharunya kita bekerja lebih keras kerana peperangan Badar iaitu peperangan yang pertama dalam Islam berlaku pada bulan Ramadhan.

Sales Tracking August 2009(Second Week) Congratulations

|


Tahniah kepada producers bagi minggu kedua yang telah mencapai sasaran. Tahniah pada Linda kerana mendahului setakat ini dengan RM21,150.00. Kita telah membuat deklarasi pada sesi khas 12 ogos yang lalu bahawa jualan peribadi setiap konsultan setiap bulan mulai ogos adalah RM100,000.00 keatas. Mari kita sama-sama menetap dan memperbaharui matlamat kita bagi tahun 2009. Mulai sekarang juga kita perlu mengambil kesempatan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada investor kita supaya "trust" kita akan berada pada tahap tertinggi di mata dan hati investor. Hadirilah selalu kursus-kursus yang di adakan di Public Mutual branch agar anda sentiasa bermaklumat dan up-to-date. Di bawah adalah senarai pendahulu sales tracking bagi minggu kedua ogos 2009.1) Linda RM21,150.00 2)Balkis RM16,800.00 3) Shaiful Anwar RM14,780.00 4) Fatmiwati RM12,200.00 5) Alkulimi RM12,000.00

Panas!!!!!!!!!!! Panasssssssssss!!!!!!!!!

|


Semua yang hadir ke Special Training malam tadi di Bukit Mertajam branch kepanasan dan kekenyangan. Terima kasih banyak pada semua yang hadir kerana terisi rohani dengan solat hajat, teransang minda dengan santapan mental berkualiti dan kenyang perut dengan potluck yang dibawa sendiri. Kehadiran GAM Amin dari Kuala Lumpur menceriakan suasana. Ramai yang datang dari Kuala Kangsar bersama Abuya Razak. Balkis dengan celotehnya yang tak kering gusi. Abuya Razak dengan Pronya dan Amin dengan UMMMPHHHHHHHHHHHnya. Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam. Satu deklarasi dibuat bahawa benchmarksales konsultan kita adalah RM100,000.00 sebulan. Ayuh kawan-kawan mari kita buktikan dalam 5 bulan berbaki 2009.

Hi-tea bersama CEO Public Mutual

|


Jangan lupa hari rabu 12 ogos 2009 jam 6 petang kita akan mengadakan special training di Bukit Mertajam branch. Antara yang akan memberikan tunjuk ajar adalah GAM Amin dari Kuala Lumpur, MFAM Abd Razak Shahbudin dari Kuala Kangsar dan MFAS Balkis dari Pulau Pinang. Kita juga akan menyambut lambaian Ramadhan yang akan muncul tidak berapa lama lgi. Oleh itu sila bawa seorang sedikit makanan untuk majlis tersebut. Acara penganugerahan kepada Top Producer juga akan diadakan pada malam tersebut. Program ini akan disertai seluruh konsultan utara di bawah Networth Consultants, Kauthar Consultants dan i-Wealth Consultants. Saya juga dijemput untuk hi-tea bersama CEO YEOH KIM HONG di Restoran Winter Warmer Sunway Carnibal, Seberang Jaya pada 12 ogos 2009 jam 2.30 petang. Hanya pimpinan terpilih sahaja dijemput CEO. Saya rasa ini adalah satu penghormatan kepada kumpulan kita kerana dijemput secara peribadi ke hi-tea tersebut. Sila bawa sejadah untuk solat maghrib dan solat hajat.

Brainstorming antara moderator

|


Baru sebentar tadi berlaku perbincangan antara moderator bagi memperkemaskan operasi Kauthar Consultants. Banyak feedback yang berguna dapat dihasilkan dalam perbincangan tersebut. Kita akan memperkemaskan organisasi, perancangan, analisis dan altiviti kita dari masa ke semasa. Terima kasih kepada saudara Nasri yang memberi input yang berguna untuk kegemilangan KC's. Terdapat sudut-sudut tertentu yang perlu diperkemaskan dan bersistem.

Tahniah Top Producers July 2009

|



Salam, Tahniah kepada semua Top Producers bulan julai 2009 Kauthar Consultants:- Tempat kelima: Dr Mansor RM27,000.00 Tempat Keempat: Norly Othman RM40,300.00 Tempat ketiga: Shaiful Anwar RM50,500.00 Naib Juara: Jamilah Chera Din RM100,000.00 Juara: Balkis Kader Mydin RM252,850.00 Bulan Ogos ini kita pulun sakan untuk mencapai jualan1 juta . Bulan julai yang lalu kita telah hampir mencecah jualan setengah juta RM. Jangan lupa special training, potluck dan sambutan lambaian Ramadhan akan diadakan pada 12 ogos 2009 bermula jam 6pm di Butterworth branch. Satu program yang semua konsultan dan MFAS wajib sertai ialah program "Enhanced Productivity" atau "En-Pro" yang akan dijalankan selama 13 minggu berturut-turut bermula 9 september dengan bayaran cuma RM80 sahaja. Program ini terbukti keberkesanannya kepada peserta yang telah hadir dengan kejayaan yang gemilang.

UTC Sales Talk

|

Salam
Jangan lupa besok 1 ogos 2009 jam 10am - 12pm satu UTC sales talk akan berlansung di Butterworth branch. Pastikan kehadiran anda di sana. Anda akan dapat mengetahui trend pasaran semasa dan akan datang. Sebagai konsultan yang berwibawa anda seharusnya mengambil peluang ini untuk menambah pengetahuan anda. Anda akan menjadi seorang perunding unit amanah yang professional. Berita gembira hari ini, Linda penang baru saja collect check RM20K. Tahniah cute Linda. Yang lain2 mari kita bekerja keras dan bermunajat kepada Allah untuk baki tahun 2009. Ingat TAHUN 2009 TAHUN PEMBINAAN. Setinggi mana bangunan yang anda hendak bina adalah bergantung kepada seteguh mana asas yang telah dibina. Ayuh kita lakar masa depan kita dengan merialisasikan impian kita bersama. AlhamdulilLah saya sendiri telah close sales 112K pada minggu ini. Moga bulan ogos memberi sinar kecemerlangan kepada kita semua. Saiful Buzri dah close lebih 50K dalam bulan julai. Balkis Mydin telah close hampir 110K. Jemilah Penang close 100K. Norly Penang Close 40.3K. Tahniah untuk semua. Wassalam

Terima Kasih pada speaker dan hadirin bop & training

|


Salam, Jutaan terima kasih kepada Saudara Amir Hamzah, Rozaimi dan Balkis kerana berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda semua yang amat berguna untuk konsultan-konsultan mencipta kejayaan mereka. Moga lain kali dapat lagi menyumbang. Pertemuan akan datang ialah 12 ogos 2009 jam 8 malam di bwth branch. Kosongkan masa anda pada tarikh tersebut. Jangan lupa bawa sedikit makanan dan minumana (potluck) untuk perjumpaan tersebut. Jangan lupa kita pakat azam dan kerja kuat untuk bercuti di Dubai tahun depan, insyaAllah. Amiiiiiiiiiiiiiiiiin

Syabas kepada Kauthar Consultants dan I-Wealth Consultants

|

Salam
Tahniah kepada semua konsultan yang terlibat dengan roadshow pada 24 - 26 julai yang lalu di Giant, Kulim. Dijangka setengah juta ringgit berjaya dikutip semasa dan selepas roadshow. Tahniah pada Kapten Rozaimi, cute Aishah, Kak Wati yang tak berputus asa, Rahman yang masih kat tadika, ostad Rosli yang datang dari jauh Kuala Kangsar. Tak lupa pada Pak Ya dari Sedim yang sempat datang sekejap kerana masalah keluarga yang perlu diberi perhatian, Shaiful yang sentiasa berentusiasi dan tak lupa pada Linda yang menyerikan lagi roadshow dengan senyum manisnya.
Konsultan semua jangan lupa malam besok 29 julai 2009, 8 malam di Bwth branch bop dan training. Sila bawa ramai2 no..................

Roadshow di Pasaraya Giant, Kulim, Kedah

|

Salam KC's semua,
Kauthar Consultants dan I-Wealth Consultants akan bekerjasama menganjurkan roadshow di pasaraya Giant, Kulim bermula 24 - 26 Julai 2009 mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Semua konsultan diminta mengambil bahagian. Roadshow adalah tempat kita melatih UTC baru dan lama memahami realiti dan latihan sebenar sebagai seorang konsultan unit amanah yang berjaya.

Mai kita pulun enam bulan terakhir 2009

|

Tahun 2009 dah tinggal tak sampai 6 bulan lagi nak melabuhkan tirainya. Adakah kita sudah mencapai matlamat kita pada tahun 2009 ini. Jangan lupa tarikh 15 Julai 2009. Kita ada BOP di Butterworth branch jam 8.30alam. Jom kita pi ramai-ramai. 2009 TAHUN PEMBINAAN

Top Producers May 2009 & Next "Road Show'

|






















Salam,






Berikut adalah top producers bagi bulan mei 2009:












Tempat ke-3 Mansor Mohamed RM12,400.00






Tempat ke-2 Balkis Kader Mydin RM48,350.00






Juara Dr Mansor Md Isa RM105,000.00












Pihak Kauthar Consultants dan i-Wealth Consultants akan mengadakan siri road show pada 16 - 19 Julai 2009 bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Ianya adalah sempena perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Pulau Pinang. Adalah diharapkan kepada semua konsultan dapat menyertai road show tersebut. Sila daftarkan penyertaan anda kepada MFAM masing-masing. Bersama ini dikepilkan gambar-gambar konsultan yang menyertai road show di Tapak Ekspo Seberang Jaya tempohari.

Kauthar Consultants dan i-Wealth Consultants bekerjasama jayakan "ROAD SHOW"

|


Salam

AlhamdulilLah hasil kerjasama erat antara Kc's dan i-WC Consultants berjaya mengadakan road show di Tapak Ekspo Usahawan Bumiputera Malaysia di Seberang Jaya, P. Pinang. Hasil yang begitu cemerlang dapat dilakukan dan ramai konsultan yang menyertai road show tersebut. Konsultan dari Kc's terdiri daripada Alkulimi, Zakaria Ibrahim, Azlinda Adeli, Fatmiwati Isa, Abdul Manaf Kepala Batas, Nasri dan Shaiful Anwar menyertai expo tersebut. Manakala Rozaimi Ridzuan, Norhasimah, Aziz Zafran, Abuya Razak, Ust Rosli dan lain-lain mewakili i-WC. Jumlah pelaburan dijangka mencecah jutaan ringgit. Tahniah pada semua. Coming Together - Sharing Together - Succeeding Together (Team Work). BANYAK LAGI EVENT AKAN DIADAKAN SEPANJANG 2009 INI.

Mari kita fokus bisnes unit trust Public Mutual

|

Salam.
Baru balik dari NSC di Sunway Pyramid Resort. Semangat berkobar-kobar. Tahun 2009 ini kita masih ada lapan bulan untuk mencapai terget masing-masing. Langan lupa insentif percutian ke Pulau Perhentian. Cuma RM400k saja. Mari kita pulun habis-habisan. Buat saja jangan tangguh-tangguh lagi. Sentiasa fokus, fokus dan fokus. Coming together, Sharing together and Succeeding together.

NSC & AAN DI SUNWAY PYRAMID SUBANG JAYA

|

Selamat berkonvensyen.

NSC & AAN DI SUNWAY PYRAMID SUBANG JAYA

|

Salam

Bermula 15 mei hingga 18 mei 2009 pencapai-pencapai yang layak menyertai seminar 4 hari 3 malam akan berseminar di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor. Saya dan beberapa rakan dari Kauthar Consultants akan menyertai seminar tersebut. Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pukul 10.45 pagi. Doakan keselamatan kami semua. Selepas seminar peserta akan menuju ke destinasi pelancungan masing-masing samada ke Banding atau Huangzhou , China. Best sangat2 bila dapat duduk 5 star hotel, makan free dan enjoy. Tahun depan mai kita pi ramai

Agency Meeting at Butterworth branch

|


Assalamualaikum Kauthar Konsultan semua,

Pada 21 mei akan datang, jam 8.00 malam akan berlansung "Agency Meeting" di Butterworth branch. Program bersama ini adalah kerjasama di antara Public Mutual dengan Kauthar Consultants. Kita diberi penghormatan untuk menyampaikan satu topik ceramah yang bertajuk "Teamwork". Jangan lepaskan peluang untuk mendapat pengetahuan yang akan dapat membantu kita melicinkan perniagaan unit amanah ini.

Mari kita membawa prospek-prospek yang baru untuk merekrut mereka menjadi konsultan unit trust. Jumpa di sana.

Selamat Hari Ibu

|


Salam

Kepada semua Kauthar Konsultan,

Sempena hari Ibu pada hari ini Ahad 10 mei ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk memeluk dan mencium serta memohon kemaafan dan restu dari ibu yang tercinta. Ibu hanya satu tiada dua. Syurga di telapak kaki ibu. Taatilah ibumu. Curahkanlah sepenuh kasih sayang dan cinta pada ibu. Bagi anda yang tiada ibu lagi kerana telah pergi mengadap Ilahi doakanlah kesejahteraan mereka di alam Barzakh. Jadilah anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya. Dalam kita melakukan bisnes amanah saham ini restu ibu amat dituntuti dengan harapan beroleh berkat dalam kehidupan

Mari Kita sertai Percutian ke Pulau Perhentian Terengganu

|


Salam,

Kepada semua Kauthar Konsultan,

Mari kita berlumba-lumba untuk mendapatkan personal sales sebanyak RM400K bermula mei hingga disember 2009 untuk melayakkan kita mendapat percutian ke Pulau Perhentian secara percuma. Kita ada masa lapan bulan lagi untuk merialisasikan matlamat kita. Dr Mansor dari Sg Petani telah membuktikan kepada kita beliau boleh berjaya dengan membuat jualan sebanyak RM92,000.00 pada 5 mei yang lalu.

Satu lagi pengemuman adalah TOP PRODUCERS bulan april 2009:-

2nd runner-up : Shaiful Anwar bin Buzri (RM17,050.00)

1st runner-up : Mohd Nasri bin Idris (RM28,000.00)

Champion : Balkis binti Kader Mydin (RM50,656.00)

Tahniah kepada semua Top Producers.

Kauthar Consultants sertai Expo Keusahawanan Bumiputera di Seberang Jaya

|

Semua ahli-ahli Kauthar Consultants di wajibkan menyertai "Expo Keusahawanan Bumiputera" yang akan berlansung dari 29 mei hingga 7 Jun 2009. Peluang ini patut direbut untuk mendapat pengalaman dalam berbagai lapangan medan perjuangan perniagaan saham amanah. Program ini diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, P.Pinang bermula 9 Pagi hingga 12 malam.

Jangan lupa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! malam ni 8 malam

|

Salam,
Kepada peserta-peserta Sunshine Program jangan lupa malam ini sesi kedua. Akan lebih hebat. Jumpa di sana Nasri dan Azlinda. Lepas ni sales bertimbun-timbun lah.

Current Market situation

|

My KC's Friends:
Sharing some info regarding the current market situation. This data was collected from 4rd Quarter of year 2007 till 9th April 2009 where at that time all major market at high point. Example:
Dow Jones at 9th Oct 2009 index 14,164.53 point, KLCI at 11 Jan 2008 at very good condition closing at 1,516.22 point, same with most Asia Market example Hang Seng closed at 6,092.06 points at 16 Oct 2008 and Nikkei closed at 17,458.98 points on 11 Oct 07.
Then the market start to violated and all this market start turned "down performance" . Dow Jones loses at 53.78% close at 6,547.05 point at per 9 Mar 09, KLCI down to 676.53 point lose about 45.30% on 29 Oct 08 on 27 Oct 08, Hang Seng rapidly decrease to 4,990.08 points at same date with KLCI about 75.54% and Neikkei close at 7,054.98 point lose 59.59% on 10 Mar 09.
Early April 2009, market show improvement after all counter measure taken by the Goverment, Dow Jones up at 8,083.38 on 9th April 09 bounce around 23.47%, KLCI bounce at 11.38% to 923.77 points on 6 Apr 09, Hang Seng with tremendous bouncing 76.99% at 8,831.82 point on 9 Apr 2009, and Nekkei up 26.38% closed at 8,916.06 points on 9 Apr 2009.
I personnally hope that the April market will continue and kick back the "bull rally". How ever bare in mind that we're not the economic fortune teller. We can't predict whether the market will up or down next week. If we know then it will be very easy... kacang laaaa... So my dear friends, be prepare for recovery.. The market with same behaviour "up and down, down and up" and what goes down will goes up and up will goes down. The very important thing is the self confidence of proffesional consultants like us. Beat the SENTIMENT, and I really sure that we can change it to be better did we? Yess... we can.
"What goes around comes around"
Happy selling




Advice from Pro!!!!!

|


Preparing for Recovery Programme

|

Salam,
Malam ini jam 8 malam (24 april 2009) akan berlansung satu program "PREPARING FOR RECOVERY" yang akan disampaikan oleh Annie Tan dari Public Mutual Kuala Lumpur. Kepada semua Kauthar Consultants diminta hadir untuk mendapat info terkini berkenaan situasi ekonomi semasa yang ada kaitan sebagai konsultan unit amanah. Program akan dilangsungkan di Bwth branch. Jumpa semua di sana.

Maklum balas peserta Sunshine Programme

|


Mereka yang menyertai program Sunshine amat teruja dengan pengisian program yg begitu memberi manafaat yang sgt berguna sebagai konsultan unit amanah. Program ini akan berlansung selama lima minggu dengan hanya membuat pelaburan sebanyak rm10 sahaja. Moderator amat-amat menggalakkan agen-agen yang lain dan yang tidak begitu aktif supaya mendaftar untuk peringkat ketiga bermula pertengahan mei ini - alkulimi

Rancang persaraan anda...

|



Planning for retirement (The Star 04 Apr 2009)
By LAALITHA HUNT
Only 34% of Malaysians putting aside money regularly for retirement funds
YOUNG parents Xavier Arumugam and Kavitha Nair has been putting aside a fixed sum every month into their savings accounts as part of their retirement nest egg after deducting expenses for the household, medical insurance as well as education plans for their children and house loan installment.



Both of them had also voluntarily increased their employees contribution to 15% for the Employees Provident Fund (EPF) compared to the usual contribution rate of 11%.
Loke Kah Meng ... 99.9% of the contributors will withdraw their EPF savings in a lump sum and 70% will use up money in 3 years. “We are aware though, that we do not have a formal retirement plan in place besides the EPF,” Kavitha admits.

According to Great Eastern Life Assurance (M) Bhd executive vice-president and chief marketing officer Loke Kah Meng, only 34% of Malaysians are putting aside money regularly for their retirement funds, but these may not take into account inflation, the rising cost of living and medical expenses in future, which could be a major financial burden.
“Although EPF savings is one of the main channels to provide for retirement, 99.9% of the contributors would withdraw their EPF savings in one lump sum once they reach 55 years of age and 70% of them would use up all their EPF savings in just three years post-retirement,” Loke notes.Loke adds that longer life expectancy, delayed marriage and having children later would leave the retirees in a vulnerable position in their old age as they need to need to set aside medical funds for themselves and education funds for their children.

Meanwhile, Prudential Assurance Malaysia Bhd chief marketing officer Thomas Wong, survey findings shows that although Malaysians have a high propensity to save (72% claimed that they do save for retirement), 41% do not have a concrete plan on how to build their retirement fund.
“They just save as much as they can now and hope they will have enough to cover their retirement needs,” Wong says. Wong adds that among those who save for retirement, 77% are putting their money in low-yielding savings vehicles such as bank fixed deposits and savings accounts to accumulate their nest egg.

“Contrary to the common belief that keeping our money in the bank is the best way to preserve our capital, this instrument may not be good enough given that interest rates of bank deposits can hardly outrun inflation,” Wong says.He also notes that most Malaysians do not segregate their savings for retirement, which made matters worse.“This means, all their monies are lumped together as general savings. More alarmingly, out of those who consciously separate their savings for retirement, 83% have said that they would use the money should other needs arise,” he says.

This is indeed a risky situation because if they are not careful, they may not have enough money for their retirement, Wong explains.In addition, a staggering 73% do not seek advice from financial professionals – a behaviour that compounds Malaysians’ poor retirement planning ability further.“All these could probably explain why about 39% of those surveyed see themselves working beyond the mandatory retirement age, citing income boost as the main reason for doing so,” Wong adds.

Loke advises that instead of relying solely on one’s EPF and personal savings, Malaysians should consider early financial planning, which would save them the stress of dealing with insufficient retirement funds or seeking prolonged employment to ensure financial stability.
“We could plan ahead with investment-linked insurance plans to counter the effects of inflation. In addition, there is also the need to consider providing for your medical needs after you have retired and would be no longer entitled to medical coverage provided by your employer,” Loke says.

Meanwhile, Wong advises that there are a variety of choices available when it comes to building your retirement fund.“Depending on your risk appetite, investment horizons and affordability, you can invest in properties, equities, unit trusts and investment-linked insurance to name a few. The key is to have a sound investment strategy that is the ability to balance risks and returns effectively according to the desired investment tenure,” Wong says.

Nevertheless, it is always advisable to contact a professional financial advisor or a wealth planner who can provide advice on how to best go about securing your retirement based on your financial circumstances, priorities and needs, Wong adds.

Preparing for Recovery Programme

|

Salam,
Kepada semua Kauthar Consultants:-
Satu program yang amat bermanafaat untuk konsultan Public Mutual bertajuk "PREPARING FOR RECOVERY" akan berlangsung pada 24 April 2009 jam 8.00 hingga 10.30 malam bertempat di Butterworth branch. Program ini amat berguna ketika kita berhadapan dengan keadaan pemulihan yang akan berlaku sedikit masa lagi. Kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu mempersiapkan diri sebelum satu-satu peristiwa berlaku. Program ini akan dikendalikan oleh ANNIE TAN dari Public Mutual Office, Kuala Lumpur. Sila tempah tempat anda dengan segera kerana ianya terhad hanya kepada 120 orang sahaja. Sebarang kemusykilan sila hubungi moderator 0124061444

Program Sunshine dan Success 101

|


Salam,

Kauthar Consultants semua,

Hari ini 22 April 2009 jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang seramai tiga orang konsultan dari Kauthar Consultant sedang berkursus di Butterworth Branch. Meeka adalah sandari Azlinda Adeli, Azami dan Abdul Kamal. Tahniah kepada mereka. Manakala pada pukul 8.00 hingga 10.30 mLm p ula terdapat tiga orang konsultan iaitu MFAS Balkis Kader Mydin, Azlinda dan Mohd Nasri akann mengikuti kursus SUNSHINE PROGRAM. Harapan kita pada masa depan lebih ramai akan mengikutu progran yang seumpama itu. Daftar segera untuk kursus yang diadakan oleh Public Mutual. Konsultan yang bermaklumat lebih berjaya dalam keriernya.

Tak Cukup Sejuta Bila Bersara????

|



Sumber : Utusan Malaysia 210409

RM1 juta tidak cukup selepas bersara
JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti. ''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini. Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda. Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.
''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.
Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung. Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.


Moderator: Kesimpulannya, sebelum bersara kena ada lebih sejuta... Cari la ni sebelum bersara.. Apapun saham akhirat jangan lupa!!!!

MENCARI KEREDHOAN ALLAH

|


Salam untuk Kauthar Consultants semua,


Bidang saham amanah terutamanya "PERANCANGAN KEWANGAN" adalah satu bidang yang amat penting untuk kita pikulkan sebagai satu tanggungjawab fardhu kifayah. Rata-rata umat Islam di Malaysia amat kurang pengetahuan berkenaan perancangan kewangan terutamanya dalam child education planning dan retirement program. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperkenalkan saham amanah yang berlandaskan syariah menggantikan konvensional. Kita bertanggungjawab untuk menerangkan pelaburan yang berlandaskan syariah sebagai alternatif kepada pelaburan konventional. Sama-samalah kita mencari keredhoan Allah dalam usaha kita mendapat rezeki halal dari karier kita ini. Dunia tempat menyediakan bekalan yang secukupnya untuk akhirat - alkulimi

Membudayakan sholat Dhuha Siri 1

|



Di antara shalat sunah yang dianjurkan Rasulullah SAW adalah shalat dhuha. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, ''Kekasihku (Rasulullah SAW) mewasiatkan kepada tiga hal, pertama supaya berpuasa tiga hari setiap bulan, kedua supaya shalat dhuha dua rakaat, dan ketiga supaya shalat witir sebelum tidur.'' (HR Bukhari Muslim).


Shalat dhuha dilaksanakan pagi hari ketika matahari sudah menampakkan sinarnya. Rasulullah SAW bersabda, ''Shalat dhuha dilakukan apabila anak-anak unta telah merasakan kepanasan (karena tersengat matahari).'' (HR Muslim). Menurut Ibnul Qayyim al-Jauzi, jumlah rakaat shalat dhuha tidak ada batas maksimal, tergantung kemampuan dan kesempatan seorang Muslim yang hendak mengamalkannya. Aisyah berkata, ''Biasanya Rasulullah melakukan shalat dhuha empat rakaat dan beliau menambah.'' (HR Muslim).


Allah SWT akan menjauhkan dari siksa api neraka dan mengganti dengan surga bagi yang mengamalkan shalat dhuha. ''Di dalam surga terdapat pintu yang bernama bab ad-dhuha (pintu dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada orang memanggil. Di mana orang yang senantiasa mengerjakan shalat dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.'' (HR Tabrani).


Keistimewaan lainnya adalah sebagai rasa syukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan setiap persendian di tubuh kita. Nabi Muhammad SAW mengungkapkan bahwa di tubuh manusia bersemayam 360 sendi yang setiap harinya harus disedekahkan. Dan sebagai penggantinya adalah shalat dhuha. Shalat dhuha juga sebagai sebuah pengharapan supaya Allah SWT melimpahkan rahmat dan nikmat, baik fisik maupun materi, sepanjang hari yang kita lalui. ''Allah SWT berfirman, Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas melakukan shalat empat rakaat pada pagi hari, yakni shalat dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi kebutuhanmu hingga sore hari.'' (HR Hakim dan Tabrani).


Petikan : Email seorang rakan

SEMINAR KEPIMPINAN PUBLIC MUTUAL DI IPOH BRANCH

|

Kauthar Consultants semua,

Besok 19 april 2009 satu seminar kepimpinan akan diadakan di Ipoh branch bermula 9.00 pagi hingga 2.00 ptg. Harap maklum - alkulimi

PENGUMUMAN PENTING UNTUK TINDAKAN SEGERA

|

Salam,
Kepada semua Kauthar Consultants , sila ambil perhatian bahawa agen yang telah mendaftar untuk mengikuti Sunshine Program di Butteworth branch adalah Nasri, Azlinda dan Balkis. Program akan bermula pada 22 april 2009 jam 8.00 malam.
Satu lagi pengemuman iaitu satu program "PREPARING FOR RECOVERY" akan diadakan pada 24 april 2009 jam 8.00 -10.30 alam di Butterworth ranch. Sila daftarkan dengan kadar segera di Bwth branch dgn kadar segera. Kemasukan percuma tempat terhad kepada 120 orang sahaja. Jom kita pi ramai2. - alkulimi

Alkulimi Butterworth branch top MFAS achiever

|

Alkulimi with all achievers

Public Mutual Annual Dinner Butterworth 2009

|

Dari kiri Nasri, alkulimi, adibah, azlinda dan balkis


Penjenamaan Kauthar Consultants

|

Kepada semua:
Adalah diminta kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki kemeja korporat Kauthar Consultants sila berikan nama (untuk dipamerkan pada kemeja) saiz dan wang tunai sebanyak RM65.00 sehelai. Sila masukkan wang anda ke akaun maybank : 552031051189 (Mohammad Nasri Bin Idris). Tarikh akhir bayaran pada 30 Apr 2009.

Harapkan kerjasama semua... sekurang-kurangnya sehelai seorang.

We'll serve you better.

Moderator

Selamat datang

|

Ahlan wasahlan... Selamat datang ke blog Kauthar Consultants.